Ada 6 kelebihan menggunakan website? Dan Apakah Fungsi Website untuk Sebuah Perniagaan.

Apakah Kelebihan Mempunyai Website

You Read

Pada masa  sekarang kita telah pun berada di zaman teknologi di mana hampir semua orang mempunyai akses kepada internet sama ada menggunakan telefon pintar mahupun laptop mereka atau menggunakan dekstop komputer. Oleh itu saya merasakan terpanggil  untuk menulis artikel ini bagi menerangkan apakah kegunaan website untuk perniagaan, apakah kegunaanya!! dan siapakah yang perlu membuat atau menggunakannya.

Table of Contents

Apakah Kegunaan Website? 

6 Fungsi Website untuk Sebuah Perniagaan.

Pada masa  sekarang kita telah pun berada di zaman teknologi di mana hampir semua orang mempunyai akses kepada internet sama ada menggunakan telefon pintar mahupun laptop mereka atau menggunakan dekstop komputer. Oleh itu saya merasakan terpanggil  untuk menulis artikel ini bagi menerangkan apakah kegunaan website untuk perniagaan, apakah kegunaanya!! dan siapakah yang perlu membuat atau menggunakannya.

Website untuk perniagaan kecil (S.M.E)

Website adalah sebuah laman web yang mempunyai beberapa  halaman (pages) yang terkandung di dalam  satu alamat yang di panggil  domain (domain name)

Adakah anda merasakan ianya terlalu Kompleks? 

Jom, Mari saya permudahkannya. Contoh nama domain ialah iryzal.com iaitu website saya ini. Dalam website ini terkandung pelbagai halaman yang lain yang anda boleh layari. Dan menjadikan halaman-halaman ini menjadi sebuah website lengkap.

Saya contohkan Di Bawah Ini :

Okay.. Sekarang telah Jadi sudah  halaman-halaman di bina, digabungkan menjadi sebuah laman web. Tapi… Apakah kegunaan laman web ini? Ayuh kita mengupas dalam beberapa poin penting. Apakah sebenarnya kegunaan website ini. Jadi saya bahagikan kepada tiga poin besar yang penting dan akan menerangkan secara ringkas tentang fungsi website kepada poin besar tersebut. Ayuh kita mulakan Sekarang..[

1- Kegunaan untuk Perniagaan atau Syarikat

Sebuah website amat berguna kepada mana-mana perniagaan atau syarikat. Secara amnya, anggaplah website ni macam pamplet atau flyers yang sering kita terima di pasar raya atau yang di selit di kenderaan kita apabila kita berada di tempat parking. Cuba Kita belek-belek sikit, apa yang ada di dalam flyers atau leaflet tersebut. Mesti ia dipenuhi dengan maklumat, gambar, iklan dan sebagainya yang menerangkan tentang sesebuah syarikat itu cuba tawarkan kepada kita.

Begitu jugalah kegunaan sebuah website terhadap tentang sesebuah perniagaan. Website ialah laman maklumat yang boleh dicapai melalui paparan di mana- mana sahaja dalam dunia ini asalkan ada capaian internet (worldwide).

img img

2- Mempamer servis, produk atau tawaran anda.

Seperti yang saya terangkan, website boleh sahaja berfungsi sebagai tempat untuk mempamerkan apakah tawaran oleh sesebuah syarikat, perniagaan ataupun seseorang individu itu membolehkan menayangkan kepada umum.

Hal ini sangat menarik kerana anda boleh membantu pelanggan atau bakal pelanggan anda supaya mereka boleh menerokai  produk yang anda jual, Dan servis apakah yang anda tawarkan malah boleh mengenali apakah latar belakang syarikat anda seumpama portfolio ataupun profil.

Hanya dengan menggunakan website, pelanggan dapat melayari dan mencari maklumat dari perniagaan yang anda tawarkan.

Pelanggan anda boleh mencari perniagaan anda sekiranya anda menyatakan alamat perniagaan dan cara pelanggan dapat menghubungi  anda di laman web.

Antaranya sikap pembeli sekarang adalah lebih (educated). Mereka akan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum membeli sebarang produk untuk kegunaan mereka. Anda sebagai pemilik syarikat perlu memberi jawapan kepada mereka sendiri dengan menyediakan laman web dengan maklumat penting supaya pelanggan anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat dengan membeli daripada anda. Cadangan saya sebaiknya kita menyediakan kata kunci (keyword) yang sesuai bagi pelanggan mencari di google search , Anda boleh bayangkan pelanggan ataupun kita sendiri akan mencari sesuatu di google search itulah yang di panggil Keyword Search pendek ataupun keyword panjang yang di panggil keyword long tail untuk mencari sesuatu yang kita inginkan…

3- Media Pengiklanan Berkesan

Dengan keupayaan web boleh mempamer maklumat dan interaktif, anda boleh menggunakan teknologi ini sebaiknya dengan menambahkan trafik ke website anda. Masa kini, ramai peniaga yang menggunakan servis di Google Ads, facebook ads, instagram dan sebagainya bagi menambah trafik masuk ke website anda. Anda boleh membawa pelanggan-pelanggan anda ke laman web anda supaya mereka boleh tertarik untuk membuat binses dengan anda.

  • Pelanggan mempunyai sifat mencari maklumat

Pelanggan akan membuat carian di Google Search yang dikenali sebagai  Search Engine Optimisation (SEO) terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barang atau pun perkhidmatan.

  • Antara cara untuk membawa trafik ke website anda adalah seperti berikut:-
    • Menggunakan sosial media (facebook, instagram, twitter dsbg.)
    • Dari carian search engine (SEO) seperti Google dan Bing.
    • Bisnes kad atau flyer tradisional anda (Offline)
    • Secara terus, pergi ke nama laman web anda.

4- Meningkatkan Kepercayaan

Pelanggan yang baru akan lebih yakin untuk membuat bisnes dengan anda jika anda mempunyai sebuah website dan ia lebih  meyakinkan. Keyakinan pelanggan mampu untuk mengubah penilaian seseorang untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli atau tidak membeli daripada anda.

Website juga amat membantu untuk penjenamaan semula syarikat anda. Perniagaan  yang mempunyai jenama yang bagus akan menjadi perbualan orang ramai atau memviralkan website anda  sekaligus membantu perniagaan anda lebih dikenali.

5- Jual Beli Secara Online

img

Sejak kebelakangan ini, pembelian secara online semakin dipercayai dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Sebahagian daripadanya lebih gemar menggunakan platfom seperti Shopee, Lazada untuk membeli belah kerana harga yang lebih rendah, pelbagai pilihan dan lebih mudah berbanding membeli barang secara fizikal.

img img
img
img
img img

Transaksi Online

Cara memperolehi wang secara online dengan mudah di payment gateway

Oleh itu, peniaga perlu menaiktaraf cara mereka berjual beli dengan menggunakan platform jual beli secara online ini atau e-commerce  store. Bukan sekadar itu sahaja, pembelian secara online juga membantu anda untuk mengira transaksi dengan lebih teratur dan mudah dengan adanya sistem pengiraan yang amat mudah dan murah untuk digunakan di dalam perniagaan  anda.

5. Membina & Menjual Ruangan Iklan di Laman Web

Antara tip yang paling berharga dari saya adalah, bagi anda untuk mewujudkan satu lagi peluang jana pendapatan dengan mempamerkan ruangan iklan bagi sesiapa yang berminat mengiklankan produk mereka di dalam website anda lebih detail di panggil (Advertiser) atau pun Influencer. Tetapi  anda perlu memastikan  website anda mempunyai ramai pengunjung bagi menarik perhatian pengiklan bagi mengiklankan produk mereka.

6. Menjawab Soalan Lazim dari Pelanggan.

Apabila anda menjalankan sebuah perniagaan, pastikan kita akan menjawab segala persoalan dari pelanggan, malah kita akan menerima soalan yang sama dan berkali-kali dari pelbagai pihak. Berapakah harga produk ini? Boleh ke produk ini dicampurkan dengan air? Berapa lamakah jaminan produk ini? Servis ini akan dijalankan berapa lama?

Pasti anda sudah muak untuk menjawab soalan-soalan lazim yang pasti akan ditanya oleh pelanggan ada. Oleh itu, saya cadangkan agar anda boleh menyediakan FAQ (Frequently Asked Questions) di website anda bagi memudahkan anda menjawab segala soalan yang sering ditanyakan oleh pelanggan anda.

Kesimpulan

Untuk sebuah syarikat kecil mahupun besar, sebuah website adalah amat penting bagi perniagaan anda. Anda perlulah bersaing dengan pesaing pasaran anda. Oleh itu, laburkanlah  sedikit dana untuk membina sebuah website kerana ia dapat meningkatkan sales jualan/pendapatan  anda, serta menambah baik marketing dan memudahkan proses penyediaan maklumat kepada pelanggan.

Baca Selanjutnya Cara Ketahui Jana Pendapatan Melalui Affiliate Marketer

Untuk membuat website pertama untuk syarikat anda, boleh lawati di sini kerana kami menyediakan servis pembinaan website dengan tawaran terbaik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
简体中文EnglishBahasa Melayu

Hye Saya mempunyai kebolehan dan kefahaman dalam pelbagai bidang dalam talian seperti pemasaran digital, pereka laman web & pembangun fronted end, kebolehan untuk fokus membangunkan pelbagai jenis laman web menggunakan WordPress dan elementor pembina tema serta pengurusan media sosial dan reka bentuk grafik. . 

Get Free eBook From Us!
Wait !!
Download eBook From Us For Free

Wait a minute, Gifts for our visitors, Download with free knowledge of benefits