KWSP Mohon Agar Tampil Menjawab, Adakah ISinar 2.0 Akan Disambung Semula Dan Akan Diumumkan Lagi Dua Minggu?

Isinar logo

You Read

KWSP Mohon Agar, Memberikan Penjelasan Tentang iSinar 2.0 Selain mengumumkan penangguhan bayaran pinjaman bank dan moratarium terdapat juga bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat semasa mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0, 2.0 dan 3.0 ).

Table of Contents

Selain mengumumkan penangguhan bayaran pinjaman bank dan moratarium terdapat juga bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat semasa mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0, 2.0 dan 3.0 ).

Isinar 2

Pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antaranya ditawarkan kepada ahli pada 1 April 2020 telah pun tamat beberapa bulan lalu. 

Ia sekurang – kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh ahli dan majikan sepanjang tempoh PKP yang mana pengeluaran daripada simpanan Akaun 2 KWSP.

Isinar 2.0
Isinar 2. 0

Kemudian, disusuli pula i-Sinar pada 21 Disember 2020 pengeluaran Akaun 1 bagi pencarum KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid 19 untuk kelangsungan hidup rakyat Malaysia yang terbeban tatkala PKP dikenakan. 

Bagaimanapun, KWSP dalam satu kenyataan menafikan dakwaan wujudnya pengeluaran i-Sinar 2.0 seperti yang tersebar sejak kebelakangan ini.

Palsu & Fakta KWSP
Palsu & Fakta KWSP

“Ini adalah mesej palsu yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas berkenaan permohonan i-Sinar 2.0 KWSP dikatakan bakal bermula pada 15 Jun 2021.

“Untuk makluman, permohonan i-Sinar KWSP yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih dibuka kepada ahlinya sehingga 30 Jun 2021.”

Selain itu, KWSP juga memohon agar para ahli berhati -hati dan mendapatkan informasi yang sahih menerusi pautan i-Sinar Online dan media sosial rasmi pihak mereka.

“Diharap Jangan kongsi maklumat yang tidak sahih. Serta Berwaspadalah dengan pesanan tidak tepat berkenaan dengan permohonan i-Sinar yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas.”

Bangunan KWSP
Bangunan KWSP

Ekoran daripada pengumuman yang dibuat KWSP, sesetengah netizen telah menyarankan agar i-Lestari dan i-Sinar agar dapat diteruskan untuk fasa kedua sepanjang tempoh total lock down  ini.

“Ini juga bermaksud rakyat yang mencarum inginkan i-Lestari dan i-Sinar akan disambung lagi kemudian . Nanti janganlah pula cakap kalau dah tua nanti tak ada simpanan pula. Sekarang ni nak hidup pun bercatu, ada juga yang berkata, belum tentu boleh tunggu tua nak pakai duit, sekarang pun dah separuh mati akibat hilang pendapatan. Dari mati kena covid atau mati kelaparan ,” kata pengguna Facebook, RSNiaga.MY.

“RAKYAT berharap agar menjadi kenyataan. Tidak salah sambung pengeluaran RM 1,000 hingga Disember 2021. Kami kategori 2 tetap mencarum 11 peratus tolak daripada gaji walaupun PKP3.0 akan berakhir entah bila pula. Dengan OT dan elaun kena stop dahulu,” kata pengguna Azwan Azmin.

Baca selanjutnya Di Sini

Zafrul: Moratorium bank, pengeluaran KWSP diumum dalam masa terdekat

Facebook Rakyat Sengsara
Facebook Rakyat Sengsara

KWSP Tampil Jelaskan

KWSP TAMPIL MENJAWAB
KWSP TAMPIL MENJAWAB

“Betul-betul tak sempat tua kena cucuk sejarum dan bermacam-macam hal pula. Jadinya baik habiskan duit KWSP dulu untuk kelangsungan hidup sekarang ni,” kata pengguna Aidi Nawi.

“Mohon agar kerajaan memperhalusi lagi pengeluaran i-Sinar ni yer.. Sebab Covid 19 semakin menaik semula. Setiap hari angka meningkat tak kurang dari 5000 hingga 5800 ke atas sehari kian mengganas kluster tempat kerja ,” kata pengguna Facebook Iswardy Morni Official.

Walaupun begitu, diharapkan anda semua tidak menyebarkan maklumat yang salah dan berita palsu berkenaan i-Sinar dan kewujudan pengumuman i-Sinar 2.0 ini.

Kredit : iRYZAL 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
简体中文EnglishBahasa Melayu

Hye Saya mempunyai kebolehan dan kefahaman dalam pelbagai bidang dalam talian seperti pemasaran digital, pereka laman web & pembangun fronted end, kebolehan untuk fokus membangunkan pelbagai jenis laman web menggunakan WordPress dan elementor pembina tema serta pengurusan media sosial dan reka bentuk grafik. . 

Get Free eBook From Us!
Wait !!
Download eBook From Us For Free

Wait a minute, Gifts for our visitors, Download with free knowledge of benefits