KWSP Mohon Tampil Menjawab, Adakah Benar I-Sinar 2.0 Akan Disambung Semula Dan Akan Diumumkan Lagi Dua Minggu?

Pelaksanaan Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau dipanggil total lockdown 3.0 bertujuan untuk mengawal penularan Covid 19 secara tidak langsung menjejaskan segala pendapatan rakyat terutama sekali mereka yang tidak lagi memperolehi gaji harian.

Pelaksanaan Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau dipanggil total lockdown 3.0 bertujuan untuk mengawal penularan Covid 19 secara tidak langsung menjejaskan segala pendapatan rakyat terutama sekali mereka yang tidak lagi memperolehi gaji harian.

Selain mengumumkan penangguhan bayaran pinjaman bank dan moratarium terdapat juga bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat semasa mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0, 2.0 dan 3.0 ).

Pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antaranya ditawarkan kepada ahli pada 1 April 2020 telah pun tamat beberapa bulan lalu.

Ia sekurang – kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh ahli dan majikan sepanjang tempoh PKP yang mana pengeluaran daripada simpanan Akaun 2.

Kemudian, disusuli pula i-Sinar pada 21 Disember 2020 pengeluaran Akaun 1 bagi pencarum KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid 19 untuk kelangsungan hidup rakyat Malaysia yang terbeban tatkala PKP dikenakan.

Bagaimanapun, KWSP dalam satu kenyataan menafikan dakwaan wujudnya pengeluaran i-Sinar 2.0 seperti yang tersebar sejak kebelakangan ini.

“Ini adalah mesej palsu yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas berkenaan permohonan i-Sinar 2.0 dikatakan bakal bermula pada 15 Jun 2021.

“Untuk makluman, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih dibuka kepada ahlinya sehingga 30 Jun 2021.”

Selain itu, KWSP juga memohon agar para ahli berhati -hati dan mendapatkan informasi yang sahih menerusi pautan i-Sinar Online dan media sosial rasmi pihak mereka.

“Diharap Jangan kongsi maklumat yang tidak sahih. Serta Berwaspadalah dengan pesanan tidak tepat berkenaan dengan permohonan i-Sinar yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas.”

Ekoran daripada pengumuman yang dibuat KWSP, sesetengah netizen telah menyarankan agar i-Lestari dan i-Sinar agar dapat diteruskan untuk fasa kedua sepanjang tempoh total lock down  ini.

“Ini juga bermaksud rakyat yang mencarum inginkan i-Lestari dan i-Sinar akan disambung lagi kemudian . Nanti janganlah pula cakap kalau dah tua nanti tak ada simpanan pula. Sekarang ni nak hidup pun bercatu, ada juga yang berkata, belum tentu boleh tunggu tua nak pakai duit, sekarang pun dah separuh mati akibat hilang pendapatan. Dari mati kena covid atau mati kelaparan ,” kata pengguna Facebook, RSNiaga.MY.

“RAKYAT berharap agar menjadi kenyataan. Tidak salah sambung pengeluaran RM 1,000 hingga Disember 2021. Kami kategori 2 tetap mencarum 11 peratus tolak daripada gaji walaupun PKP3.0 akan berakhir entah bila pula. Dengan OT dan elaun kena stop dahulu,” kata pengguna Azwan Azmin.

“Betul-betul tak sempat tua kena cucuk sejarum dan bermacam-macam hal pula. Jadinya baik habiskan duit KWSP dulu untuk kelangsungan hidup sekarang ni,” kata pengguna Aidi Nawi.

“Mohon agar kerajaan memperhalusi lagi pengeluaran i-Sinar ni yer.. Sebab Covid 19 semakin menaik semula. Setiap hari angka meningkat tak kurang dari 5000 hingga 5800 ke atas sehari kian mengganas kluster tempat kerja ,” kata pengguna Iswardy Morni.

Walaupun begitu, diharapkan anda semua tidak menyebarkan maklumat yang salah dan berita palsu berkenaan i-Sinar dan kewujudan pengumuman i-Sinar 2.0 ini.

Kredit : iRYZAL 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
EnglishBahasa Melayu