Pemberian Bantuan Bencana Banjir RM1,000

You Read

Pengumuman Pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir akan disegerakan kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa yang terjejas akibat banjir

Table of Contents

PORT KLANG – Pengumuman Pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir akan disegerakan kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, pemberian bantuan itu layak kepada mangsa yang terjejas akibat banjir sama ada yang telah berpindah atau tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Pemberian Bantuan Bencana Banjir RM1,000 (Bantuan Wang Ihsan)
Pemberian Bantuan Bencana Banjir RM1,000 (Bantuan Wang Ihsan)

Menurutnya, pemberian bantuan BWI terbahagi kepada dua yaitu bantuan RM1,000 kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa yang terjejas dan RM5,000 bagi bantuan pengurusan kematian kepada waris mangsa yang telah  meninggal dunia akibat bencana.

“Syarat utama adalah mesti ada Kad Pengenalan (Mykad), Ianya  merupakan mangsa bencana dan pendaftaran Ketua Isi Rumah (KIR) perlu dibuat dengan cara perlu pengesahan dan tanda tangan Wakil ADUN Kawasan / Penghulu Kawasan / Ketua Kampung yang berkenaan bagi Negeri Selangor.

Aminuddin berkata, Nadma sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan mangsa yang terlibat menerima segera bantuan-bantuan yang dijanjikan.

“Nadma dan Kementerian Kewangan (MOF) juga akan memudahkan proses permohonan termasuk mempercepatkan penyaluran peruntukan kepada kerajaan negeri selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) sebagai penyaluran fasa satu bagi proses pengagihan bantuan kepada mangsa terjejas,” katanya..

Difahamkan, seramai 67,889 orang mangsa direkodkan masih berada di 419 PPS.

Pemberian Bantuan Bencana Banjir RM1,000 (Bantuan Wang Ihsan)

Pada penduduk di daerah Klang yang terjejas akibat banjir, Kini anda boleh memohon Bantuan Bencana Banjir yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat Daerah/Tanah Klang.

Untuk makluman anda, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, telah pun mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua keluarga mangsa banjir yang telah terjejas di negeri Selangor.

Pemberian bantuan ini juga adalah bagi meringankan beban ketua keluarga (KIR) yang terjejas akibat musibah banjir besar pada kali ini.

Pemberian Bantuan Bencana Banjir RM1,000 (Bantuan Wang Ihsan)
Pemberian Bantuan Bencana Banjir RM1,000 (Bantuan Wang Ihsan)

Pemberian bantuan ini juga adalah sebahagian daripada peruntukan 100 juta menerusi Selangor Bangkit bagi susulan banjir teruk yang melanda di negeri tersebut.

Syarat Permohonan

  • Bagi penduduk yang berada di daerah Klang, pemohon yang ingin memohon mendapatkan bantuan ini perlu memenuhi beberapa syarat permohonan seperti berikut:
    • Permohonan tuntutan bantuan bencana hanya boleh dimohon sekali bagi tahun semasa (sekali setahun).
    • Borang permohonan perlu dihantar ke Pejabat Daerah/Tanah Klang dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian bencana.
    • Hanya seorang ahli keluarga mangsa yang boleh memohon
      bantuan bencana (1 permohonan untuk 1 buah rumah sahaja).

Cara Memohon

  • Untuk tatacara permohonan bagi mendapatkan bantuan di daerah Klang, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
    1. Layari laman web Selangor 
    2. Klik bahagian Muat Turun Borang.’
    3. Muat turun borang permohonan.
    4. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
    5. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
    6. Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan kepada alamat berikut:

      Pejabat Daerah/Tanah Klang,
      Bahagian Pembangunan Masyarakat,
      Tingkat 1, Jalan Kota,
      41902 Klang,
      Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Sokongan

  • Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
    1. Salinan bil elektrik/air/Indah Water.
    2. Salinan kad pengenalan pemohon.
    3. Gambar kejadian (Sila lampirkan gambar kejadian bencana (di dalam dan luar rumah) yang dicetak dengan terang dan jelas.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bencana Banjir Daerah Klang, sila layari laman Web Pejabat Daerah/Tanah Klang

Sekian Terima kasih..

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
简体中文EnglishBahasa Melayu

Hye Saya mempunyai kebolehan dan kefahaman dalam pelbagai bidang dalam talian seperti pemasaran digital, pereka laman web & pembangun fronted end, kebolehan untuk fokus membangunkan pelbagai jenis laman web menggunakan WordPress dan elementor pembina tema serta pengurusan media sosial dan reka bentuk grafik. . 

Get Free eBook From Us!
Wait !!
Download eBook From Us For Free

Wait a minute, Gifts for our visitors, Download with free knowledge of benefits