Pizza Makanan Orang Kayangan?

Pizza makanan orang kayangan

You Read

Table of Contents

Benarkah? Pizza Makanan Orang Kayangan?

Ada cerita tentang Pizza ini, cerita ini mungkin akan memberikan kesan pelajaran kepada masyarakat kita yang membacanya. 

Di India ada 2 adik-beradik miskin dan tidak bersekolah yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan sering bermain di padang berdekatan dengan Kejiranan mereka dan di padang itu ada terletak sebatang pokok di mana ada sekumpulan gagak bersarang di sekitar kawasan ini.

2 beradik ini mempunyai satu tabiat yang amat pelik, lain dari yang lain iaitu mereka berdua amat menyukai makan telur burung yang mentah, yang peliknya mereka memakan telur burung gagak yang mentah!! 

Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka bermain di padang dan memakan telur burung gagak yang diambil dari sarang di atas pokok berdekatan dengan padang di mana mereka sering bermain.. 

Kadang- kadang mereka mengumpan sisa makanan bagi mengalih perhatian gagak supaya mereka dapat makan telur tersebut. 

Pada suatu hari kebetulan kelaparan selepas kepenatan berkeliaran mereka mengumpan nasi lebihan lalu apabila burung itu cuba mendapatkan umpanan itu, si abang bergegas memanjat pokok lalu mendapati ada 3 biji telur di dalam sarang burung ini , maka dapatlah menikmati lebih telur itu seorang satu, di mana ada kalanya mereka berkongsi berebut-rebut memakan telur itu. 

Di dalam lubuk hati mereka berkata ” hari ini ada 3 biji telur, 1 untuk aku(si abang), 1 untuk si adik dan 1 lagi untuk kamu anak gagak yang ketakutan di dalam sarang itu” sambil keriangan ..

Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka bermain di padang dan memakan telur burung gagak yang diambil dari sarang di atas pokok berdekatan dengan padang di mana mereka sering bermain.. 

Kadang- kadang mereka mengumpan sisa makanan bagi mengalih perhatian gagak supaya mereka dapat makan telur tersebut. 

Pada suatu hari kebetulan kelaparan selepas kepenatan berkeliaran mereka mengumpan nasi lebihan lalu apabila burung itu cuba mendapatkan umpanan itu, si abang bergegas memanjat pokok lalu mendapati ada 3 biji telur di dalam sarang burung ini , maka dapatlah menikmati lebih telur itu seorang satu, di mana ada kalanya mereka berkongsi berebut-rebut memakan telur itu. 

Di dalam lubuk hati mereka berkata ” hari ini ada 3 biji telur, 1 untuk aku(si abang), 1 untuk si adik dan 1 lagi untuk kamu anak gagak yang ketakutan di dalam sarang itu” sambil keriangan ..

img

Hari Keesokannya 

Pada hari ini selepas penat bekerja mencari besi di kawasan rel kereta api mereka berlari ke arah padang di mana mereka ingin mendapatkan vitamin yang sering mereka idamkan, 

Tiba – tiba mereka terlihat ramai orang mengelilingi padang ini lalu berkejaran kedua beradik itu mula mendekati kawasan itu, kemudian mereka terkejut apabila mendapati bahawa pokok yang ada sarang burung itu hendak ditebang oleh tuan tanah kerana ada projek yang ingin di naikkan di tapak itu. Maka mereka berdua amat hampa dan sedih kerana mendapat tahu tidak akan dapat memakan telur burung yang biasa mereka mudah mendapatkan makanan kegilaan mereka lagi, Maka secara perlahan – lahan meninggalkan kawasan itu dan pulang ke rumah. Lalu mereka beredar dalam keadaan yang amat sangat kecewa. 

Restoran PizzaHut di bina.

Rupa-rupanya tapak yang di bersihkan itu hendak didirikan restoran makanan segera Pizza. Maka kedua adik beradik itu turut teruja dengan kewujudan Restoran Pizza Hut itu.

Setelah beberapa bulan tanpa sedar kemudian, Restoran Pizza Hut pun telah pun siap di bina. 

Maka kedua beradik itu sangat teruja mendengar berita pembuka perasmian kedai tersebut. Dan bermulalah mereka memasang cita-cita untuk merasai memakan makanan yang disediakan oleh restoran itu.

Dan apabila restoran makanan segera itu siap di bina dan tibalah hari perasmian pembukaannya, maka ramailah selebriti, artis terkenal di panggil untuk yang merasmikan restoran itu.

Maka lagi mengghairahkan kedua beradik itu memasang cita-cita untuk mendapatkan pizza itu.

Walau bagaimanapun di India restoran pizza hut diklasifikasikan sebagai makanan taraf menengah ke atas yang mampu membelinya. Pizza Hut yang menyediakan makanan segera dengan harga yang tinggi (mahal) pada sesetengah golongan di negara itu kerana India mempunyai penduduk yang tertinggi di dunia , Kebanyakan hidangan makanan segera itu biasanya untuk golongan atasan atau kayangan sahaja, ramai yang makan di situ adalah golongan orang yang berkasta yang berkemampuan sahaja, Ada juga golongan bekerjaya yang baru mendapat gaji (hari gajian) makan bersama keluarga di situ.

Apabila pekerja mula mengedarkan brosur/ leaflet Restoran diedarkan mereka menjumpai dan mengutip dan lantas menyimpannya.

img
img

Ternyata brosur itu membuatkan sehinggakan mereka termimpi-mimpi di dalam tidur untuk mengidamkan mendapatkan Pizza Hut itu.

Ternyata tidak tertahan, kedua beradik menyatakan hasrat untuk meminta ibunya(seorang balu) membeli Pizza tersebut. 

Cadangnya ingin meminta ibunya wang untuk membeli sekeping Pizza itu.. 

Belum lagi habis berkata ibunya lalu memarahi dan memukul kedua beradik itu… 

Kata ibunya bagai nak cari duit untuk membeli sekeping Pizza sedang kan barangan keperluan harian pun kita tiada.. , marah yang amat keterlaluan ibu mereka sambil mengesat air mata yang tak berhenti mengalir mengenangkan nasib buruk yang tidak pernah berkesudahan . 

Kata Ibunya kalau kamu nak makan sangat Pizza itu, keluar dari rumah dan bekerja untuk cari wang untuk makan kegemaran kamu itu…

Kasihnya Seorang Nenek.

Kata- kata Ibunya itu membuatkan nenek mereka yang bersama di rumah itu kasihan melihat cucu – cucu dimarahi untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka… 

Sehinggakan melihat cucu bermuram sepanjang beberapa hari… 

Nenek yang amat menyayangi cucunya kasihan, sehingga terlihat keinginan memakan Pizza hingga terbawa dalam mimpi ketika mereka tidur.

Lantas melihatkan kesedihan tiada kesudahan itu, lalu nenek mereka  amat kasihankan pada kedua cucu itu dan akhirnya nenek bertanya kepada kedua beradik itu bagaimana rupa Pizza yang hendak kamu inginkan itu tanya neneknya dengan kesungguhan.

Dengan terkejutnya, dengan pantas kedua beradik itu menunjukkan gambar pizza di disimpan di poket seluar mereka..  Sudah lama mereka menyimpan brosur yang mereka dapatkan itu sehingga lusuh kertas itu, Akhirnya nenek mereka bersuara “tak apalah biar nenek yang buat untuk kamu.”

Nenek meminta mereka mencarikan bahan – bahan bagi menjadikan Pizza itu (seperti di dalam gambar) tomato sayur-sayuran seperti di dalam gambar yang ada, cari tepung cari sayur ,cari tomato lalu nenek mereka membuatkan dengan hati yang senang.

elementor affiliate
elementor affiliate

Register Elementor Theme Builder

Setelah pizza itu siap mereka berdua tidak sabar lagi dan kelihatan amat gembira melihat neneknya membuatkan makanan yang diidamkan mereka Selama ini, Setelah melihat pizza yang disediakan oleh nenek mereka. Melihakan rupa Pizza seakan bulat itu membuatkan itu seakan-akan serupa dengan di dalam gambar yang ada, ermmm.. akan tetapi apabila mereka berebut hendak makan tiba tiba terhenti memandang satu sama lain, mereka berdua berkata kenapa pizza yang nenek buat ini tidak bergetah seperti di dalam iklan kenapa tak keluar asap, juga tak nampak keluar mengalirkan getah apabila dicarik, mereka maksudkannya getah meleleh itu adalah cheese itu, tetapi kedua beradik tak dapat ungkapkan dengan kata-kata.

Selepas mereka berdua berebut -rebut seperti berbulan tidak makan, maka makanan yang nenek mereka masak mereka mula memandang ke arah muka masing-masing, lalu berkata tak ada rasa apapun macam roti tosai aja, langsung pizza nenek buat ini, tiada bau keju pun macam disediakan oleh kedai pizza hut itu.

Macam mana mereka tahu tentang rupa pizza itu kerana pada satu hari yang lepas, ada penghantar pizza telah tersesat di jalan berhampiran rumah mereka itu, lalu delivery pizza bertanyakan kepada kedua beradik itu tentang lokasi tempat pizza yang mahu dihantarkan, lantas kedua beradik itu ingin membantu dengan syarat, mereka memohon supaya abang delivery itu menunjukkan mereka pizza yang ingin dihantarkan itu , mereka memujuk kerana mereka tidak pernah melihat bentuk pizza itu, lalu penghantar pizza itu pun bersetuju dengan mereka, dengan syarat mereka berjanji untuk menunjukkan arah kepada abang delivery pizza itu hingga ke lokasi pelanggan patut dihantar itu.

Lalu penghantar pizza membuka kotak pizza itu dibuka perlahan-lahan, Akhirnya kedua beradik itu dapat melihat pizza dengan penuh gairah dan menggiurkan sehinggkan tertelan air liur mereka melihat pizza itu. Lalu abang pizza melihat perkara yang pelik oleh kedua beradik  itu seolah-olah ingin memakan Pizza itu lalu cepat-cepat abang penghantar pizza itu menutup pizza itu dengan pantas dan beredar pergi.

Melihatkan harga pizza yang terlalu mahal , lalu mereka mengambil keputusan bekerja sambilan dengan lebih kuat lagi, ada kalanya terfikir membuat kerja jahat dengan mencuri handphone para pengunjung keretapi, Akhirnya kedua mereka takut jika dipukul orang ramai maka mengambil kesempatan mengutip biji-biji besi di kawasan rel kereta api berkenaan, serta mencari barang-barang terpakai untuk mengumpulkan duit supaya mereka berjaya mengumpulkan wang yang cukup untuk mendapatkan Pizza yang diidamkan itu ..

Kerja Keras Mendapatkan Wang.

Setelah wang telah cukup dari hasil jualan tadi, Akhirnya mereka berdua bergegas pergi ke restoran pizza hut itu, rupa-rupanya keinginan mereka berdua untuk dapatkan makanan yang diidamkan tergendala , akerana pengawal kedai itu memarahi kedua beradik memasuki restoran itu, Pengawal keselamatan restoran itu mengusir lalu meneriakkan suaranya dan berkata “Woi budak jalanan, kamu pergi dari sini, kamu nak mencuri ke?” Kata pengawal, lalu mereka memberi tahu tujuan masuk ke restoran itu, teriak pengawal lantas menarik tangan kedua mereka, dan berkata kamu orang miskin, mana boleh masuk ke sini, kamu tak boleh masuk ke sini.. Sudahlah kotor busuk, berkaki ayam tak pakai kasut baju compang-camping” lalu mereka berdua bersedih hati lantas pergi takut akan dipukul pak guard itu.

Kedua beradik itu dapat idea untuk mendapatkan baju baru untuk semata-mata masuk ke restoran Pizza itu lalu mereka mendapati ada dua orang anak orang kaya yang baru keluar daripada shopping mall, Dan hendak minum abc di tepi jalan tetapi dimarahi oleh bapanya kerana mengatakan mereka tidak boleh makan di tepi jalan,kerana makanan di jalanan ini kedainya kotor semua, akhirnya kemudian minta anak menunggu sekejap, kerana Pakcik kaya itu tersedar bahawa dia. Telah meninggal beg duit di dalam kedai di dalam shopping mall itu, lalu bapa itu berkata kamu tunggu di sini aku hendak mengambil dompet yang tertinggal , Nah pegang baju yang bapak belikan ini…

Lalu kedua adik-beradik telah mendengar perbualan bapa dan anak yang kaya itu lantas mendekati dan berkata kepada anak orang kaya itu, kau nak minum abc ni, kalau kamu teringin nak minum, aku akan berikan apa yang kamu mahukan, dengan hanya pertukaran beberapa pertukaran!!  Apa pertukarannya? “kata anak si kaya itu” pertukarannya adalah baju baru kamu itu..  Jika  kamu setuju berikan aku baju kamu, akan aku tukarkan dengan apa yang kamu mahukan…

Dengan pendek akalnya, anak sikaya pun bersetuju, dengan permintaan kedua beradik itu.

Akhirnya kedua beradik miskin itu berjaya mendapatkan baju baru untuk masuk makan ke kedai restoran pizza lalu mereka bersukaria pergi ke Restoran pizza dengan penuh harapan dapat masuk restoran pizza itu dengan memakai pakaian baru, lantas ditahan oleh pak guard lalu memarahi mereka kerana mereka hendak masuk ke restoran Pizza itu dengan tanpa memakai kasut Laaah terlupa pula mereka, mereka sudah berpakaian cantik tetapi tidak memakai kasut hanya berkaki ayam.

High converting2 400x400 1
https://trk.elementor.com/iryzal

Kerana mereka memang tidak pernah mempunyai kasut pun selama ini..

Pengurus Mengamuk

Di tengah kebisingan di luar restoran pizza itu tiba-tiba pengurus dari dalam restoran mendengar bunyi bising di luar restoran lalu berkata ” Apa masalah kalian, kenapa bising-bising di luar ini pak guard” desak pengurus,

Ini tuan, budak ini ingin masuk ke dalam, saya tahan, tetapi mereka  masih tetap berdegil, Ini budak miskin, budak jalanan ingin masuk ke kedai tuan, saya risaukan tentang keselamatan pelanggan, takut pelanggan pula keluar, kata pengawal… tambah pengawal lagi ,”lihatlah, kasut pun tak pakai tadi mereka datang  dengan pakaian busuk & kotor, baju compang -camping busuk & sekarang datang lagi dengan baju tapi tak pakai kasut pula.. saya risau jika pelanggan curiga jika melihat budak berdua ni tuan, kata pengawal… Lantas berang pengurus tersebut , lalu memukul kedua beradik bertalu- talu, dan menghalau kedua adik-beradik ini keluar dari kawasan restoran bagaikan melayan seekor binatang, ketika memukul kedua beradik itu dan tanpa disedari ada Warga netizen, mula mengangkat layar telefon bagi tujuan viral, lensa telah berjaya merakamkan tindakan pengurus itu, memukul dengan kejam kedua adik beradik itu dan menghalau keluar dari restoran pizza bagaikan binatang..

https://trk.elementor.com/iryzal-landing-page

Akhirnya video yang dirakam oleh warga netizen itu telah tular sehinggakan keluar di berita perdana India , menjadi perbualan hangat orang ramai, menjadikan berita hangat di India,.kerana kasihan kepada kedua beradik miskin itu…

Lantas pengurus itu berasa malu besar di kecam masyarakat , HQ Francais memanggil pengurus pizza cawangan itu bagi menyiasat kenapa ini boleh terjadi pada Restoran francais dunia ini,Kerana REstoran Pizza banyak menyediakan CSR untuk anak-anak yang susah(yatim piatu)  kamu membuat anak seperti itu memukul mereka tak benarkan mereka memasuki restoran lantas tular satu India mengatakan Pizza Hut memang untuk makanan orang kayangan.

img

Menjadi Popular Kerana Sekeping Pizza

Lalu pengurus besar Restoran Pizza di gesa agar membersihkan semula nama Pizza Hut dan merencanakan sesuatu program besar-besaran, lantas ingin menjemput para wartawan kononnya ingin memohon maaf kepada kedua beradik tersebut secara besar-besaran , ketika  itulah bermulalah  berita kedua beradik di India lalu menjadi viral, Maka kedua beradik itu menjadi terkenal (Popular) kerana menjadi sebutan di serata India  termasuk di seluruh dunia, Akibat itu di beritakan nenek mereka mati tanpa disedari ketika itu ,  Kesedihan dan kekesalan mula dirasakan lagi oleh kedua adik beradik itu, Bahawa mereka merasakan nenek mereka mati akibat kerana kedegilan hendak memakan Pizza hingga kehilangan nenek mereka, Akhirnya  nenek mereka mati meninggalkan mereka.

Pada suatu hari pengurus tersebut menjemput para wartawan dan kedua adik-beradik itu secara besar-besaran dan menyediakan pelbagai Jenis menu Pizza yang mereka idamkan  selama ini sambil memaparkan di berita-berita di dalam televisyen dan berita perdana ..

 Lantas kedua adik-beradik itu akhirnya mendapatkan  apa yang mereka idamkan selama ini, Akibat tular video itulah akhirnya penyudah mereka dapat makanan pizza yang bergetah itu,  mendapat  baunya  yang dikatakan menyelerakan , enak. Dan Menjadi perhatian oleh seluruh dunia kedua adik-beradik beradik itu mula menyuap kemulut sekeping Pizza itu, lalu berubah air muka mereka terkumat -kamit, serta memandang  antara satu sama lain dan mereka berbisik dengan  kedua beradi dan berkata “BANG… AKU RASA SEDAP LAGI  PIZZA  YANG DISEDIAKAN OLEH NENEK  KITA KANNN ABANG!!!” HUAAAAAWAAAH……

img

Kesimpulannya.

Inilah kisah pizza yang dikatakan makanan kayangan bukan makanan Marhaen, cerita ini membawa kisah sedih suka dan duka mengenai kedua orang kedua adik-beradik yang miskin untuk mendapatkan sekeping Pizza sekian terima kasih.

Join Affiliate Marketing

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp
简体中文EnglishBahasa Melayu

Hye Saya mempunyai kebolehan dan kefahaman dalam pelbagai bidang dalam talian seperti pemasaran digital, pereka laman web & pembangun fronted end, kebolehan untuk fokus membangunkan pelbagai jenis laman web menggunakan WordPress dan elementor pembina tema serta pengurusan media sosial dan reka bentuk grafik. . 

Get Free eBook From Us!
Wait !!
Download eBook From Us For Free

Wait a minute, Gifts for our visitors, Download with free knowledge of benefits