Preloved atau bundle pakaian untuk lelaki dan mana pilihan anda ?

Adakakah ini memalukan ataupun pilihan paling bijak Preloved atau bundle dan mana pilihan anda ? Menyebut sahaja ayat preloved, pastinya ada yang suka...

Preloved atau bundle dan mana pilihan anda ?

Hendak bergaya menggunakan pakaian barangan berjenama mahal tapi yang ‘preloved !!!

Adakah ini sangat memalukan ataupun pilihan paling bijak?

Preloved atau bundle pakaian untuk lelaki dan mana pilihan anda ?

Menyebut sahaja ayat preloved, pastinya ada di dalam kalangan kita yang sering menganggap ianya sama dengan pelbagai barangan bundle atau barangan terpakai (2hand).

Namun, adakah ianya betul penafsiran itu?

Ia sememangnya amat kurang tepat kerana kebanyakan barangan preloved sebenarnya amat berkualiti tinggi yang original, cuma telah di gunakan oleh tuannya.

Malah ianya juga tidak ada perbezaan langsung dengan kondisi item asal kerana ia pernah menjadi barangan kesayangan tuannya sebelum ini.

Apa yang sungguh menguntungkan jika anda membeli barang preloved ?

Artikel Mstar Tentang Preloved

Sudah tentu paling utama, aspek harga menjadi faktor paling utama.

Dengan membeli barangan preloved, anda akan dapat memiliki barangan asli (original),

Kebiasaanya pakaian lelaki yang berjenama & terkenal serta mahal harganya , Pasti dijaga dengan baik atau jarang digunakan, hanya dengan beberapa kali oleh pemilik asalnya, Ianya di kategori koleksi peribadi oleh pemilik.

Malah, tidak mustahil anda juga akan menemui model edisi terhad atau edisi sebuah jenama. Ada Kemungkinan juga barangan yang anda perolehi sudah tidak dijual di butik itu lagi ketika membelinya.

Pengasas RSNiagaMY, Ryzal 46, berkata walaupun kami mengumpulkan barangan ini mempunyai keistimewaan tersendiri, kerana terdapat mengesan perbezaan amat ketara barangan original dan palsu.

Perbezaan Harga amat ketara Menyebabkan mereka yang mahu mendapatkan barangan original berjenama tidak mampu mendapatkannya. Mengulas tanggapan itu, dia berkata bahawa fakta mengatakan hanya orang yang exclusive sahaja yang layak menghabiskan wang untuk membelanjakan pakaian berjenama ini, Kerana harga pakaian lelaki berjenama hampir membelanjakan ribuan RM (Hampir 2 bulan gaji) untuk sesuatu produk berjenama, Dan kini menjadi barangan preloved sangat wajar untuk anda dapatkan.

Ketika harga sebenarnya tidak tahu bila lagi boleh mendapatkannya. Dan kini dengan harga mampu milik ada barang yang ditawarkan diletakkan kategori sama taraf dengan orang kelas atasan, ini kerana gaya mutu keunggulan adalah segalanya.

Barang preloved dari kami tidak akan menghampakan anda. Kerana ia nyata mempunyai banyak perbezaan dari segi harga, kualiti dan latar belakangnya dahulu sebelum berpindah pemilik kepada pemilik baru.

Jadi Preloved atau bundle pakaian untuk lelaki dan mana pilihan anda ?

Dengan RSNiagaMY selain dari item yang pengasas kami ada, Ianya  di datangkan dari kumpulan eksekutif dan exclusive yang datang sendiri dari pemain dalam dan luar negara, kita juga menerima barangan yang pemiliknya rela berkongsikan kerana untuk mengurangkan pakaian di dalam koleksi kabinet mereka (terlalu banyak) sehingga di jual semula oleh pemilik asal dengan syarat kualitinya masih berada dalam keadaan terbaik mengikut kategori yang kami kelaskan.

Item ini akan diperiksa secara teliti oleh team kami (yang sangat profesional) untuk menentukan kualiti setiap jenama yang ada, Kami memeriksa tahap kerosakan/kecacatan bagi perbandingan nilai harga baru.

Ini jelas berbeza dengan ketara jika di buat perbandingan dengan pakaian bundle yang ada, Kebiasaanya pengusaha bundle guni akan akan membeli secara borong atau selonggok dalam guni, Saya boleh Nyata 100% bukanlah original, ada yang mengkategorikan dengan AA , 3AA+ dan pelbagai kelas dikategorikan bagi mengelirukan pelanggan bundle ini.

Kami nyatakan dengan jelas bahawa kualitinya pun kurang baik dan dijual dengan harga murah dan menggelirukan. Katanya  ketika menulis artikel ini , di butik kami yang terletak di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Mereka yang bijak pastinya akan memilih barang preloved kerana harganya yang mampu milik namun kualitinya sangat setanding dengan barang asal.

Dari segi harganya pula , Ryzal berkata sudah tentu kami menjualkan pada harga yang jauh lebih baik (mampu milik) berbanding harga asal, sekali gus amat ketara menyebabkan ia mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri di seluruh dunia, termasuk di merata pelosok peminat preloved ini.

Kebiasaannya, barangan preloved kami tidak mempunyai banyak default, malah ada yang nampak seakan-akan barang baru. Jika mempunyai kerosakan pun juga harganya masih lagi paras berbaloi jika ingin di bezakan dengan harga yang baru, ianya akan diperbaiki terlebih dahulu sekiranya ada terdapat sedikit kerosakan sebelum di jual semula kepada pelanggan.

Kerosakan minor bukanlah satu masalah besar untuk barangan preloved kerana ia di jamin masih dalam keadaan baik (Jaminan Kepada Pelanggan).

Ryzal mendedahkan bahawa pihaknya turut mempunyai kategori elit pelanggan contohnya dalam kalangan artis dan VIP, secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa pengguna barang preloved tidak terhad pada golongan biasa sahaja, sebaliknya terdiri dari mereka yang mempunyai pandangan, penilaian dan prinsip sendiri apabila berbelanja untuk bergaya.

“Ternyata Barang preloved ini sesuai bagi semua golongan, kekadang ada yang segan hendak ke butik mewah, malah situasinya berbeza dengan kami, Semua pelanggan kami, dilayan sama rata semuanya.

Ada juga yang memberi gelaran orang “Kayangan”, di kalangan artis pun ramai memakai produk berjenama jualan kami. Mereka biasanya tak datang ke butik sebaliknya kami yang akan datang hantarkan kepada mereka atau mereka beli ‘online’.

“Secara keseluruhannya, kita ada pelbagai kategori lapisan pelanggan termasuk dari luar negara seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan banyak lagi,”.

Antara pelanggan yang datang untuk mendapatkan barang preloved di butik ini.

Mengulas mengenai sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap perniagaan barangan preloved ini,  ianya masih belum menjadi satu industri seperti negara Jepun dan China tetapi menunjukkan perkembangan positif apabila ramai yang sudah pandai membuat penilaian dan perbandingan.

Jelasnya, dalam keadaan memilih barangan untuk semua rasa bergaya, adalah jauh lebih wajar berpegang kepada prinsip ‘ukur baju di badan sendiri’ yang mana ada individu yang gemar membeli barang mahal lebih ke arah mereka yang mampu & mahu merasai kepuasan sendiri.

Berbeza dengan kumpulan yang tidak kisah memakai item preloved, Antara golongan ini mungkin mempunyai alasan tersendiri termasuklah tidak mahu membazir wang atau kurang berkemampuan, tetapi akhirnya memendam rasa masih mampu ‘merasa’ melaram dengannya. Sebenarnya dah ramai pelanggan yang cerdik , cuma kadang-kadang terdapat barangan ini tiada kotak atau beg lagi macam beli di butik…

Tapi bila difikirkan semula, masa pakai pakaian adakah hendak bawa kotak bersama ke?.

Sebenarnya ramai orang yang menggayakan barang mahal ni adalah semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri, Jikalau mereka merasakan mampu apa masalahnya, tapi kalau kurang mampu atau tak mahu bazir duit, preloved adalah pilihan bijak.

Setakat ini outlet ini menjual item preloved berjenama Giorgio Armani, Guess, Massimo Dutti, Timberland, GAP, Zara (Brand kasut Nike, Adidas) & Semi Level seperti H&M, CottonOn serta beberapa jenama lain.

Baca lagi : Tentang Pengasas Giorgio Armani

Antara yang ditawarkan termasuk pakaian lelaki , kasut dan jacket, Blazer dan macam-macam lagi di masa hadapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp

1 thought on “Preloved atau bundle pakaian untuk lelaki dan mana pilihan anda ?”

  1. Pingback: Landing Page untuk (Pemula) start up & Cara membuatnya. | Creative Web Designer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
EnglishBahasa Melayu